Quantcast
Channel: Pokok Manggis Depan Rumah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 334

Kerja Part Time Malam

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kerja Part Time Malam. Rasanya ramai tak orang yang buat kerja part time waktu malam sekarang. Sejak ekonomi tak menentu. Saya perasan makin ramai yang buat kerja part time waktu malam. Kebiasan mereka yang buat part time waktu malam ini mereka-mereka yang nak cari duit lebih.

Kerja Part Time Malam
Kerja Part Time Malam
Bila keadaan ekonomi tak menentu. Apa yang kita boleh lihat, harga barang meningkat, minyak petrol tak payah cakaplah. Sekejap naik, jarang-jarang turun lepas tu naik balik. Harga barang pun sama. Makin hari makin naik.

Jika anda selalu beli barang dapur mesti perasan semua ini. Pergi pasar bawa RM50 boleh beli apa-apa yang perlu aje. Jika dulu, masuk pasar bawa RM50 keluar pasar boleh beli macam-macam lagi. Sekarang dah tak sama macam dulu. Betul tak?

Buat Kerja Part Time Malam
Oleh sebab keadaan yang makin menghimpit sekarang. Sebab tu ramai dikalangan kita yang mula buat kerja part time waktu malam.

Saya nak kongsikan tiga kerja part time waktu malam yang boleh anda buat. Mana yang rasa nak tambah pendapatan, boleh cuba dan buat yea. Insyallah kerja part time ini boleh membantu meringankan kos peningkatan sara hidup sekarang ini.

1) Bisnes Burger- Bagi yang suka masak-masak. Rasanya tak susah nak buat bisnes burger. Cari tempat yang sesuai untuk buka stall burger, sediakan peralatan nak buat burger, belajar buat burger biar sedap dan lepas tu boleh jual. Tak susah nak mulakan bisnes burger ini. Dengan panduan yang betul. Tak mustahil nak jual 50-100 biji semalaman setiap hari, jual dengan harga RM3-RM5 sebiji. Setiap malam kurang-kurang bole dapat RM150-RM300 setiap hari. Jika anda berminat untuk mengetahui tentang selok-belok memulakan perniagaan burger, anda boleh dapatkan info lengkap di website Panduan Bisnes Burger ini.

Bisnes Burger
2) Bisnes Bakeri- Bisnes ini orang perempuan boleh buat. Sebab apa, bab-bab buat roti,kek dan biskut ini serah pada mereka. Walaupun waktu siang anda bekerja. Balik dari kerja, buat adunan dan bila waktu malam dah boleh nak bakar. Macam kat tv tu. Tak susah jika tahu cara nak buat dia. Ramai dikalagan ibu-ibu yang buat kerja part time macam ini. Tapi ingat, ianya bukan untuk golongan wanita sahaja. Orang lelaki pun ramai yang buat bisnes macam ini. Di mana ada usaha, di situ ada jalan.  Bagi yang berminat nak buat bisnes bakeri ini. Anda boleh rujuk Panduan Bisnes Bakeri ini. Ianya menyediakan panduan lengkap bagi memulakan perniagaan ini dengan mudah.

Kerja Part Time Malam, Bisnes Bakeri
Bisnes Bakeri Mudah
3) Buat Kerja Online Dari Rumah- Kerja yang menjadi pilihan ramai masa kini. Jika di rumah ada kemudahan internet dan cukup syarat utama nak buat kerja ini. Caranya mudah sahaja, anda daftarkan diri di Portal Jobdirumah. Lepas daftar, pihak jobdirumah akan bagi panduan bertulis dan video tutorial langkah demi langkah nak buat kerja dalam portal tersebut. Buat kerja siap anda akan mendapat bayaran. Banyak mana kerja yang anda nak buat anda boleh buat. Rajin buat kerja, akan dapat banyak hasil. Nak tahu cara-cara nak buat kerja dari rumah tersebut. Anda boleh rujuk Portal Jobdirumah ini.
Kerja Part Time Malam, Kerja Dari Rumah,
Kerja Dari Rumah
Ini antara 3 jenis kerja part time waktu malam yang mudah untuk dibuat. Semua kerja-kerja diatas memberi peluang untuk anda menambahkan pendapatan yang sedia ada. Bagi mereka yang berminat nak menambahkan pendapatan mereka. Boleh cuba dan buat salah satu kerja di atas. Jika nak buat semua pun boleh.

Kongsikan entri "Kerja Part Time Malam" ini dengan rakan media sosial anda untuk manfaat bersama. Sharing is caring.

Jom tambah pendapatan!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 334